KOMEN KENYATAAN UNIT PSARAFHQ
Saya nak ulas tentang rencana tersebut.
tajuk
: KENYATAAN DARI UNIT PSARAFHQ url : http://mindarakyat2.tripod.com/2000dis/i2000-3017.htm
Kami
telah merisik dan mengesan bahawa E-GROUP ini ditubuhkan untuk memerangkap
penyokong BA .... dan ia ditaja oleh UMNO@BN Oleh itu semua netter yang terlibat
dengan E-GROUP ini sila keluar dan tinggalkan E-GROUP yang mengajak menusia
sentiasa berpecah belah ini.
Egroups (http://www.egroups.com/info)
ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan mailing list percuma seperti juga
hotmail.com, mailgaul.com atau ikhlas.com yang menyediakan perkhidmatan email
percuma. Di dalam egroups ada bermacam-macam mailing list. Malah sesiapa juga
boleh membuat mailing listnya sendiri.
Menyebut egroups secara am kononnya
memerangkap penyokong BA adalah kenyataan yang tidak tepat. Ada banyak mailing
list yang bagus dalam egroups seperti celik-IT atau al-Ahkamnet dan tentu saja ada
banyak juga mailing list yang bukan-bukan dalam egroups. Terpulanglah kepada
pengguna mahu subscribe yang mana.
Kami amat berharap
semua netter ambil perhatian ini .... ini adalah provokasi UMNO@BN dan ia juga
bertujuan untuk memonitor IP para netter yang pro-BA.
Cara mudah ISP
nak memonitor ip dan apa yang setiap pengguna internet malaysia buat ialah
menggunakan Carnivore seperti yang dibuat oleh FBI. Tapi aku tak tahulah samada
Tmnet atau Jaring sudah memasang Carnivore pada paip internet utama di
brickfilds/Bukit Jalil sana.
Sekadar pengetahuan pembaca, terdapat banyak
cara untuk pihak kerajaan memerangkap ip seseorang. Antaranya membuat dummy
website (homepage palsu) yang kontroversi, membuat mailing list palsu, memantau
mailing list yang hot.
Untuk mengelakkan IP address anda yang asal keluar
dalam internet ada banyak cara misalnya : 1. Gunakan anonymous proxy. Macamana
caranya baca di laman ini - http://lycos_webmaster.tripod.com/
2.
Boleh juga gunakan program seperti Anonymity 4 Proxy (shareware) [http://iNetPrivacy.com/]
atau Freedom [http://www.freedom.net/]
3.
Untuk menghantar email pula, gunakan web base email yang tak stamp ip. Macam mana
nak cari boleh mula dari sini [http://www.emailaddresses.com/]
Kepada
yang nak bebincang tentang IT boleh pergi ke laman ini : http://www.egroups.com/group/celik-it atau
hantar email kepada mailto:celik-it-subscribe@egroups.com
Disclaimer : Saya tiada sebarang kaitan dengan
Celik IT atau egroups sekadar end user sahaja. Semua yang ditulis adalah pendapat
peribadi.
Anonymous II |